ASAL USUL SEJARAH KAMPUNG TIMBUA RANAU

Sejarah  Kampung Timbua Secara  Ringkas 

Masyarakat Dusun di sekitar Ranau dikatakan telah menetap di Kampung Timbua sekitar abad ke -18 lagi Tidak dapat dipastikan siapa yang mula – mula membuka perkampungan ini Dipercayai bahawa orang Dusun yang menetap di sekitar Ranau berhijrah ke kawasan Timbua untuk mencari petempatan baru dan untuk mencari kawasan pertanian yang lebih subur ( penanaman padi ) Nama kampung telah diambil sempena nama sebuah batu yang terdapat di tengah -tengah Sungai Sugud atau lebih dikenali sebagai Sungai Timbua Batu itu masih kekal berada disitu sehingga  ke hari iniMenurut orang – orang kampung , terdapat dua buah batu yang terdapat di Sungai Sugud yang diberi nama Batu Timbua dan Batu Tembeliwan Kedua – dua batu tersebut dikatakan berpenunggu dan sering mencetuskan kemalangan di sekitar kawasan tersebut Batu Timbua dikatakan dihuni oleh penunggu yang jahat ,manakala Batu Tembeliwan dihuni oleh penunggu yang baik Batu – batu ini dikatakan tidak sefahaman dan selalu “bergaduh” Setiap kali tercetusnya pergaduhan antara kedua – dua batu tersebut akan menyebabkan banjir di Sungai Sugud Menurut penduduk kampung , Batu Timbua selalu mengganggu orang kampung yang melalui sungai tersebutRamai orang kampung telah terbunuh disebabkan melalui sungai tersebut Terdapat sebuah cerita sedih yang pernah berlaku disebabkan pergaduhan batu – batu tersebut iaitu , dikatakan seorang wanita telah menyeberangi sungai tersebut bersama – sama dengan anak lelakinya Anak lelakinya meninggal dunia disebabkan diganggu oleh Batu Timbua Akibat daripada peristiwa tersebut ,orang kampung mula takut untuk melalui sungai itu lagi Batu yang berpenunggu baik (Tembeliwan) mengambil keputusan untuk meninggalkan Sungai Sugud kerana tidak sanggup lagi menahan cemuhan daripada penduduk kampung Batu Tembeliwan turut terkena tohmahan orang kampung disebabkan kejahatan yang dilakukan oleh Batu Timbua Akhirnya , Batu Tembeliwan mengambil keputusan untuk meninggalkan Sungai Sugud dan pergi jauh dari kawasan sungai tersebut Batu Tembeliwan telah hanyut jauh dibawa arus sungai hingga ke kawasan yang jauh dari Timbua Kini, batu tersebut sudah tidak diketahui lokasinya dan Batu Timbua masih kekal di Sungai Sugud sehingga kini Untuk mengelakkan kejadian buruk di sungai tersebut , orang kampung telah melakukan upacara korban untuk batu tersebut supaya tidak lagi mengganggu penduduk kampung.

Kajian Melalui temubual Penduduk Asal KG.Timbua pada tahun 2010.

sumber :Oh Tessie

1 thought on “ASAL USUL SEJARAH KAMPUNG TIMBUA RANAU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *