ADAB KETIKA NIKAH, BAKAL PENGANTIN SILA BERSEDIA!

Adab Ketika Nikah, Bakal Pengantin Sila Bersedia! Majlis pernikahan adalah momen terindah antara anda dan pasangan kerana ia menjadi permulaan hidup anda berdua. Terjadi hanya sekali seumur hidup dan sentiasa menjadi ingatan sepanjang hayat. Ikuti beberapa panduan untuk anda berkenaan majlis akad nikah.

1. Mengikut adat

ketika upacara membatalkan air sembahyang, kebiasaanya lelaki mencium dahi pengantin perempuan. Apakah hukumnya perbuatan itu? Upacara membatalkan air sembahyang sebenarnya adalah acara adat yang diamalkan sejak dulu kala. Realitinya, mungkin tidak berlaku pembatalan air sembahyang sebab antara pengantin tersebut tidak mempunyai wudhuk dan kalaulah ada, tiada manfaatnya dibatalkan dengan sengaja. Yang boleh difahami ialah upacara tersebut sebagai titik mula bagi membuktikan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan kini telah halal untuk bersentuhan. Harus hukumnya kerana tiada nas yang jelas menghalang atau memerintah perlakuan tersebut.

2. Bagi pasangan pengantin yang akan bernikah

pengantin perempuan perlu duduk berdekatan dengan pengantin lelaki agar memudahkan proses pertanyaan soalan oleh pihak kadii. Perlu ke terdapat etika yang betul seperti pengantin perempuan perlu duduk dibahagian kiri atau kanan pengantin lelaki? Memang sewajarnya pengantin perempuan menyertai pengantin lelaki dan orang ramai terutama tika majlis akad nikah, bukan hanya untuk menjawab soalan tuan kadi tetapi untuk turut sama mendengar khutbah nikah dan takliq bakal diucap oleh si suami.

3. Menyarung cincin

di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan juga satu amalan daripada tradisi kaum India. Bagi menjaga adab, sebaiknya pengantin lelaki melutut dan aturannya, pengantin perempuan perlu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan si suami serta mencium tangan suami sebagai tanda, isteri yang bersedia untuk hidup setia di samping suami.

4. Bersolek sepatutnya hanya untuk menambah seri

Terlalu tebal dan menonjol sebenarnya lebih kepada menarik perhatian dan dalam keadaan diri sebagai pengantin yang bakal menjadi isteri kepada seseorang, hakikatnya seperti memperagakan diri yang sepatutnya hanya milik si suami. Sebaiknya tidak bersolek keterlaluan. Bukan saja tika majlis malah hari-hari biasa. Ironiknya mereka yang jarang bersolek (sekadar mengenakan bedak nipis dan lipstik) akan nampak lebih berseri. walau hanya dengan solekan nipis. Bila terbiasa menyolek, solekan biasa-biasa memang tak memadai.

5. Gunakanlah kanta lekap yang biasa

Bukan berwarna. Ingatlah! Tika akad nikah telah sah bererti setiap dosa isteri akan turut dipikul oleh si suami. Jika benar sayangkan bakal suami, tampillah sederhana, tidak terlalu menjolok mata. Bukan saja sedap mata memandang tetapi agar ada barakah daripada-Nya untuk perkahwinan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *