Berita Hari Hari

Berita Sensasi Luar Dan Negara

Month: March 2020

Sekurangnya 66 Doktor Terkorban, Hampir 9,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Sebanyak lima lagi doktor dilaporkan maut di Itali akibat dijangkiti wabak Covid-19, menurut Persekutuan Doktor Itali pada Selasa. Angka tersebut menjadikan keseluruhan jumlah doktor yang terkorban sekurang-kurangnya 66 orang sejak wabak itu bermula. Manakala, 8,956 pekerja kesihatan dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 di mana merupakan peningkatan sebanyak 500 kes dalam beberapa hari yang lalu. Menurut data […]

Sarawak Kekal Waktu Operasi Perniagaan 7 Pagi-7 Malam – Menteri

Kuching: Sarawak akan mengekalkan waktu operasi perniagaan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam bagi perniagaan tertentu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukannya jam 8 pagi hingga 8 malam seperti yang dikuatkuasakan di seluruh negara mulai esok. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Hui Kian berkata apa jua arahan atau […]

Peraturan Keluar Ikut Nombor Pendaftaran Kenderaan Ditangguh – Polis Terengganu

Kuala Terengganu: Penguatkuasaan sistem penggiliran berasaskan nombor pendaftaran kenderaan bagi mengehadkan jumlah kenderaan di jalan raya yang dijadual bermula esok di seluruh Terengganu, ditangguhkan. Polis Terengganu menerusi kenyataan rasmi di Facebook mengumumkan, penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan satu kajian terperinci dilakukan. Terdahulu hari ini, Polis Terengganu meminta orang ramai supaya menyemak angka terakhir nombor pendaftaran kenderaan […]

“Kita Masih Belum Kalah Dalam Perang, Tapi Belum Juga Memenanginya ” – Dr Noor Hisyam

”Kita masih belum kalah dalam perang menentang Covid-19, belum juga kita memenanginya,” demikian kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi. Menurut Dr Noor Hisham, kerjasama setiap orang sangat diperlukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini. Oleh itu, beliau meminta setiap orang untuk terus berada di rumah, sentiasa […]

Ejen Hartanah Seluruh Dunia Jangka Pendapatan Menurun Akibat COVID-19 – Kaji Selidik

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Kumpulan hartanah terkemuka Juwai IQI berkata 82 peratus daripada ejen hartanah kediaman di seluruh dunia menyatakan pandemik COVID-19 telah menurunkan jangkaan pendapatan mereka bagi 2020. Dalam kajian pertamanya di lebih 60 negara, ia berkata penurunan pendapatan adalah masalah yang dialami di semua negara yang dikaji. Menurut kajian itu, ejen Malaysia paling kurang pesimis dengan […]

Covid-19: 47 Kes Baharu Dicatat Di Singapura, Jumlah Keseluruhan 926 Kes

SINGAPURA, 31 Mac – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 47 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes. Daripada 47 kes positif itu, 16 adalah kes import dengan satu kes melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun, pemegang Pas Kerja Singapura. “Dia kini dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit […]

COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia

Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menetapkan Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu. Menerusi penetapan status itu, Presiden Jokowi memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut. ”Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani […]

Covid-19: Bendera Dikibar Separuh Tiang Di Itali

Rom: Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada Selasa sebagai memperingati mangsa yang maut akibat COVID-19, selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA. Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA. Wabak COVID-19 di […]

Ingkar PKP: Seramai 367 Lagi Didakwa, Ada Dipenjara, Didenda

Kuala Lumpur: Jogging semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menyamar polis sehingga menahan orang awam dan melepak dengan rakan antara kesalahan yang dilakukan 367 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan juga denda terhadap pesalah ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada […]

Tindakan Tegas Terhadap Individu Sembunyi Maklumat Kontak Kluster Covid-19

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kluster COVID-19 terutama dalam kalangan kluster tabligh. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya mempunyai data-data berkaitan kluster yang dipercayai menyebabkan rantaian penularan wabak berkenaan berpanjangan. ”Saya memohon kalau mana-mana individu yang ada kontak dengan kluster untuk tampil […]