5 Rahsia Cara Mengecilkan perut,peha & punggung dalam beberapa minggu

5 Rahsia Kecilkan Perut, Peha & Punggung. Semua Dalam Beberapa Minggu! Kegemukan dan lemak lelaki terletak pada perut. Bila nampak ‘boroi’, maka selalunya kita kata dia gemuk. Sebaliknya, lemak perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Oleh kerana itu, ada orang perempuan yang nampak kurus di muka, tapi sebenar masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Maka inilah yang paling mereka risaukan! Bukan sahaja peha yang besar, ada juga yang mempunyai punggung yang lebar. Berikut ialah tips dan cara mengecilkan paha yang bakal memberikan anda keyakinan baru!

1. SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Sayuran dan buah-buahan adalah kunci kepada kesihatan pencernaan yang baik. Apabila anda lebihkan sayuran dan buah-buahan, anda juga akan lebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan ‘portion’ makanan anda. Selain itu, gantikan snek dengan buah-buahan sihat atau kekacang seperti badam, pistachio, atau almond. Lebih sihat!

2. LAKUKAN ‘LUNGES’

Kebanyakan wanita memang malas bersenam. Tetapi hakikatnya, ‘lunges’ adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah dan terbukti berkesan membakar lemak dan kecilkan perut, punggung, dan peha. Ikuti 2 langkah mudah seperti dalam gambar di bawah ini. Teruskan ‘lunges’ ini selama 30 saat pada posisi A sebelum beralih kepada posisi B.

3. BENGKUNG ATAU ‘SHAPEWEAR’

Jika malas melakukan senaman, andaboleh juga melabur sedikit untuk membeli bengkung atau ‘shapewear’. Dapatkan material yang sesuai dengan saiz yang elok supaya shapewear yang dipakai dapat memberi kesan yang optimum. Selain mengurangkan lemak-lemak yang terkeluar, ia turut memberi kesan untuk jangka masa panjang. Menariknya, anda juga dapat melihat kesan serta-merta. Ini amat berguna, lebih-lebih lagi jika anda sedang bercadang untuk menghadiri makan malam yang penting!

4. GUNA KRIM ANTI-SELULIT

Peha dan punggung adalah antara bahagian yang selalu menjadi mangsa selulit! Tapi jangan risau kerana terdapat krim di pasaran untuk membantu menghilangkan kesan selulit pada kaki. Krim ini boleh menjadi sangat berkesan dalam melicinkan kemunculan lubang-lubang kecil akibat selulit apabila digunakan secara konsisten. Jika anda tidak mahu membeli krim selulit, boleh buat skrub sendiri di rumah dengan menggunakan 1/4 cawan serbuk kopi, 2-3 sudu besar minyak zaitun, dan 3 sudu besar gula perang.

5. SELAMAT TINGGAL GULA

Sebuah kajian yang dilaporkan oleh CNN.com menunjukkan 10 hari tanpa gula akan menunjukkan kesan kesihatan serta pelangsingan yang jelas. Walaupun kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak, tiada sebab ia tidak memberi hasil yang sama kepada orang dewasa,” kata Dr Robert Lustig dan kumpulannya yang menjalankan kajian tersebut. Jika anda berasa sukar untuk menghentikan gula serta-merta, cubalah berhenti secara perlahan. Contohnya, menahan daripada mengambil gula pada makan malam terlebih dahulu.

Sumber: Sirap Limau

Please follow and like us:
error

1 thought on “5 Rahsia Cara Mengecilkan perut,peha & punggung dalam beberapa minggu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *