Berita Hari Hari

Berita Sensasi Luar Dan Negara

#BANTAH PSS

#BANTAH PSS

Salam bersatu dan selamat pagi.

Food of thought today, kenapa kami orang sebenar Sabah menolak perlaksanaan PSS? Ini bukan sebenarnya semata-mata krn politik spt yg didakwa oleh beberapa pemimpin.

Ada 4 teras sebab utama selain drpd sub2 sebab (yg telah banyak dihuraikan oleh natizen).

1. Bagi Sabah, bersama-sama Sarawak dan Malaya, menyertai pembetukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah atas sebab isu-isu keselamatan seperti ancaman tuntutan kerajaan Filipina dan Sultan Sulu terhadap Sabah sebagai wilayahnya selain drpd ancaman pengaruh komunis.

(Saya berpendapat jika rakyat Sabah pre kemerdekaan tahu bhw PSS akan dilaksanakan suatu hari nanti oleh kerajaan persekutuan, keberangkalian Sabah menyertai pembentukkan Malaysia berkemungkinan besar tidak jadi.)

2. Bila sudah bentuk Negara Malaysia dgn terma2 MA63 maka negara ini adalah negara berdaulat BUKANNYA NEGARA KEBAJIKKAN PTI.

3. Justeru itu, menentang perlaksanaan PSS menunjukkan semangat patriotisma dan nasionalisma Orang Sebenar Sabah dalam mempertahankan semangat asal pembentukkan Persekutuan Malaysia serta menegakkan kedaulatan negara ini dgn undang2 yang termaktub.

4. Perlaksanaan PSS langsung mencairkan 3 teras di atas.

Fikir-fikirkanlah.
Marilah bersatu bersama menentang perlaksanaan PSS ini.

bantah pss

#BantahPSS

assui

One thought on “#BANTAH PSS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *