HAARP: Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Amerika Syarikat dikatakan mempunyai senjata moden yang boleh mengawal cuaca dan juga menguasai minda manusia.

Senjata yang sama juga dikatakan telah mengakibatkan gempa bumi Acheh yang mencetuskan tsunami, gempa bumi di

Pakistan, Haiti dan Filipina yang meragut banyak nyawa. Terkini, gempa bumi di Jepun juga dikaitkan dengan HAARP!

Sejauh mana kebenarannya?

Pernah dengar pasal HAARP? HAARP merupakan singkatan kepada High Frequency Active Auroral Research Program, satu

program yang dikatakan dibina bagi tujuan mengkaji lapisan ionosfera bagi potensi mengembangkan lagi teknologi yang

berkaitan dengan komunikasi. Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Tentera Udara US, Tentera Laut US,

Universiti Alaska dan juga Agensi Kajian Projek Baharu Pertahanan.

MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Mula dibina pada tahun 1993, fasiliti bagi HAARP ini didirikan di Gakona, Alaska. Dan juga tempat ini seperti mana

kawasan-kawasan misteri lain di US, diklasifikasikan sebagai kawasan larangan yang menyebabkan lebih banyak lagi

kontroversi yang dapat diundang.

HAARP akan menghalakan isyarat radio sehingga 3.6MW, pada kawasan 2.8 hingga 10 MHz dalam jalur HF (frekuensi

tinggi) kepada lapisan ionosfera. Isyarat yang dipancarkan akan berubah daripada putus-putus kepada berterusan

bergantung kepada keadaan. Kesan daripada pemancaran isyarat tersebut, tempoh pemulihan bagi lapisan tersebut dapat

dikesan dengan peralatan yang khusus.

Seterusnya, hasil dapatan ini akan dilanjutkan kepada kajian mengenai ciri-ciri ionosfera yang dapat membantu dalam

menambahbaik teknologi sedia ada, kerana peralatan seperti GPS, Pemetaan dan lain-lain banyak bergantung kepada

maklumat seperti ini.

Peralatan paling penting yang ada di fasiliti HAARP ini ialah IRI (Ionospheric Research Instrument). IRI merupakan

sebuah susunan pemancar radio berfrekuensi tinggi dengan kuasa yang sangat hebat. Ianya terdiri  daripada satu 180

antenna yang tersusun dalam susunan 12 X 15 yang memenuhi satu kawasan seluas 33 ekar yang bersamaan dengan 13

hektar.

Oleh kerana IRI ini sangat berkuasa dan boleh melakukan Ionospheric Super Heating, maka di sini lah bermulanya

kontroversi berkaitan dengan Projek HAARP ini.

HAARP didakwa dapat menggunakan isyarat radio bagi memanipulasikan cuaca dan boleh menjadi pencetus kepada beberapa

kejadian bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan banjir besar.

MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Kontroversi lain ialah termasuk daripada Jurnal Ketenteraan Russia yang menyifatkan ujikaji HAARP terhadap lapisan

ionosfera hanya akan mencetuskan keadaan yang boleh mengubah medan magnetik bumi.

Seorang penulis buku Nick Begich juga memaklumkan mengenai kemampuan HAARP untuk mencetuskan gempa bumi dan

menukarkan lapisan atmosfera bumi kepada “kanta raksasa” yang akan membakar angkasa.

Manakala seorang ahli teori konspirasi yang terkenal, Jesse Ventura pula mempersoalkan kerajaan US dalam

menggunakan HAARP bagi mengawal cuaca atau menyerang manusia dengan gelombang radio yang boleh mengawal otak

manusia. Beliau juga dihalang daripada memasuki kawasan kajian tersebut sekalipun pernah membuat permohonan secara

rasmi.

sumber:CiKGUHAiLMi

Please follow and like us:
error

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *