Jenis Lelaki Perlu Dielak untuk Dijadikan Suami


Untuk mencari teman lelaki, benarkah sifat dan budi pekerti menjadi nilai utama untuk dijadikan suami? Ikuti tips

jenis lelaki perlu dielak dijadikan suami.

Lelaki ini bersifat subjektif. Rupa paras menawan, budi pekerti pula tidak seperti yang diidamkan. Begitu juga

sebaliknya. Pokok pangkalnya terpulang kepada anda untuk menilai daripada segi apa. Ada beberapa jenis lelaki yang

perlu dielak untuk dibawa berjumpa orang tua sebagai calon suami.

Sumber: afnanomar.com

1. Pentingkan diri sendiri

Lelaki yang pentingkan diri ini tidak mustahil akan menjadi lebih mementingkan diri selepas berkahwin. Mungkin

perihal kelengkapan rumah, barangan dapur dan perbelanjaan harian perlu ditanggung oleh anda sendiri sebagai

seorang isteri. Mungkin akan lebih teruk apabila sudah menimang cahaya mata nanti.

2. Terlalu mengongkong

Jangan biarkan lelaki mengongkong hidup anda. Memang benar Syurga di bawah tapak kaki suami tapi tidaklah sampai

menghalang anda untuk pulang ke kampung halaman berjumpa orang tua mahupun berjumpa rakan-takan akrab di luar.

Sumber: afnanomar.com

3. Mr Always Right

Lelaki jenis ini lebih berbahaya. Anda tidak mungkin akan menang dalam perbalahan atau perbincangan sekalipun dek

sikap dirinya yang menganggap semua perkara yang dibuat serta dikatakan olehnya 100% betul. Anda mungkin akan

sengsara bukan dari segi fizikal tetapi mental.

4. Mr Know It All

Mahukah anda bersuamikan lelaki yang terlalu obses dengan semua perkara sehingga baginya semua perkara dalam hidup

dia tahu kesahihannya. Anda mungkin akan dilihat seperti tidak berguna baginya kerana dia mengetahui semua perkara

di dunia ini.

Sumber: afnanomar.com

5. Lelaki Penggoda

Jika godaan itu hanya untuk anda itu tidak menjadi masalah tetapi kalau ke restoran mewah tetapi digodanya pelayan

restoran tersebut ataupun memandang wanita lain dengan gaya menggoda, katakan tidak kepada lelaki jenis ini.

Selepas berkahwin mungkin akan lebih parah jika anda tersilap langkah.

Sumber: afnanomar.com

Tetapi, bukan semua lelaki itu bersifat seperti di atas. Mustahil untuk berjumpa lelaki yang sempurna kerana tiada

manusia yang sempurna di dunia ini. Cukuplah jika dia melengkapi diri anda dan menyayangi anda seadanya. Rupa paras

ialah bonus bagi anda, yang penting hati budinya.

Please follow and like us:
error

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *