Mohon Sebarkan! Mengapa Kita Dianjurkan Berlama-Lama Semasa Sujud Dan Rukuk? Memang ini Manfaat Yang Luar Biasa!


Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat

sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu

khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya.

Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada

saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.

Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat

perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud?

Berikut ini ulasannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut

Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma-

melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang

kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.

Beliaupun mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan rukuk dan sujudnya,

kerana aku pernah mendengar Nabi -Shollallohu alaihi wasallam- bersabda:

“Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua dosanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya. Maka

setiap kali dia rukuk dan sujud, dosa-dosa tersebut menjadi berjatuhan”. (Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya

shahih).

Dari hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud, maka akan semakin banyak dosa

yang akan dilepaskan dari diri manusia. Ternyata tidak hanya dari segi agama saja gerakan yang lama dan khusyuk ini

memberikan manfaat. Dari segi kesihatan pun, terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat

besar.

Rukuk menjadi salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna

seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di punggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang

belakang atau punggung sejajar.

Selain itu, posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi punggung sebagai

penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan otak sehingga bahagian tengah badan kita boleh

mengalirkan darah dengan sempurna.

Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah.

Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit

prostat.

Sementara itu, sujud juga menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia.

Menongeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud ini berguna juga

untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan daerah ini kaya

dengan kandungan oksigen yang boleh mengalir secara maksimal ke otak.

Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, ada baiknya melakukan sujud

dengan tuma’ninah, yakni tidak tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya ke otak. Posisi yang demikian ini

menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar

biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Demikianlah ulasan mengenai faedah di sebalik lamanya rukuk dan sujud dalam solat. Jika ingin dosa berguguran, maka

lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal solat. Insya

Allah – Sehinggit Media

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *