Hello kepada semua pengemar hiking ini hari admin mau kongsi senarai kawasan tempat hiking mengikut jarak trail dan susah serta masa yang di ambil .

Tinorindak Hill / MT Tinorindak

TINORINDAK.jpg2
MT T

Kawasan Tinorindak terletak di Kg Lembah Permai Kundasang. Jarak pendakian ke Tinorindak Hill adalah sejauh 2.8 km  untuk sampai ke atas puncak dengan ketinggian 1758m dari paras laut manakalah ke MT Tinorindak adalah sejauh 5.9km dari titik permulaan Kg Lembah Permai Kundasang , dan tahap kesusahan itu memang sungguh mencabar kerana jalan yang sungguh tinggi dan licin. Anggaran masa untuk tiba atas puncak ialah 3-5 jam dengan ketinggian  2330m dari paras laut.

Aki-Aki Trail

Kawasan Aki-Aki Trail terletak di Kg Kinasaraban eco pelancongan Kalangaan Jungle Camp , kawasan Aki-Aki Trail dari titik permulaan ialah sejauh 6km perjalanan untuk smpai ke puncak dengan ketingian 1780m dari paras laut. Trail Aki-Aki mengambil masa dalam 3-5 jam untuk sampai ke puncak .

MARAGANG HILL

Kawasan Maragang Hill terletak di Kg Mesilau Kundasang, Marangang  Hill sejauh 2km dengan ketinggian 2232M dari paras laut, laluan agak mencabar dan pemandangan yang sungguh cantik.