Wahai Jodoh Jangan Terlalu Lama Sesat,Aku Kian Berumur


 Assalamualikum

Fitrah manusia ingin memiliki dan di miliki. Soal jodoh menjadi perbualan hangat di mana sahaja. Siapa dapat

meramal tentang soal jodoh.

Umur dah dekat 30 tahun, tapi belum ketemui jodoh.
Ishh dah dekat 40 tapi masih membujang.

Usia semakin meningkat, tetapi dalam soal jodoh itu masih lagi samar-samar. Tetapi kita biarkan umpama kapal

lepaskan sauh. Berada di tempat yang sama tiada tujuan.

Kalau dah jodoh, umur 60 tahun boleh berkahwin. Jangan putus asa, jangan bersangka buruk dengan Allah.

Mana tahu dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Di lambatkan jodoh kita untuk kita bantu adik

beradik kita yang susah, boleh jadi Allah nak kita bahagiakan mak ayah kita dulu. Segalanya ada kemanisannya

walaupun lambat kita nampak.

Dah tu, Apa perlu kita buat ?

Paling penting, kamu baiki diri hubungan dengan Allah. Kadang dalam tak sedar hubungan kita dengan Allah kita

rengang. Kita solat tapi kurang bersedekah, zikir pun kadang-kadang.

Baiki hubungan dengan perbanyakan zikir, buat solat taubat dan lakukan solat hajat agar di permudahkan soal jodoh.

Antara doa di makbulkan soal jodoh

Dalam masa sama jangan lupa berdoa. Berdoa agar pertemukan jodoh kita. Cubalah berdoa dalam masa-masa doa kita di

makbulkan seperti berdoa ketika hujan dan antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah.

Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan

dengan mudah.

Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi

lebih kuat dengan izin Allah.
Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.
Jangan lupa juga sedekah, agar di permudahkan urusan kerana kita permudahkan urusan orang lain.

Pada masa jangan malu minta tolong pada saudara mara dan ustaz mahupun ustazah dalam mencari jodoh. InshaAllah

kalau dia jodoh kita Allah satukan.

Wahai jodoh, jangan terlalu lama sesat,aku kian berumur. Semoga Allah permudahkan urusan kita.

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia)

dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

Kredit:http://www.akupenghibur.com

Please follow and like us:
error

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *